Tuesday 26 April 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ku mulakan tulisanku kali ini dengan penuh rasa kehambaan kepada Dia Yang Berkuasa atas setiap sesuatu. Ku berasa sedikit sedih, berkecamuk, kacau, dan semua segala rasa ada dalam diriku buat ketika ini.
Oleh sebab itu jugalah, tetiba tangan ku ingin sekali menaip, mengarang sebuah karangan bagi merawat hati yang pilu.
Sedihku hanya ALLAH yang mengerti. Tapi tidak mengapa, aku tahu ini hanyalah teguran lembut daripada Rab sekalian alam kepadaku, agar daku selalu merengek, merintih, meminta-minta kepada Dia Yang Satu.
Aku mohon agar Dia Yang Maha Penyayang agar tabahkan hatiku dan kuatkan hatiku untuk terima segala ujian yang dihadapkan kepadaku ketika ini. Aamiin ya rabbal-alamin.


Saturday 24 May 2014

Do It Yourself! #Homemade Playdoh

Assalamualaikum..
Ok kali ni aku nak kongsikan sesuatu daripada yang aku lihat di facebook tadi,

Cara Membuat Playdoh Sendiri #Homemade Playdoh

So,ini memang honestly,bukan aku yang punya. Aku hanya share saja.Sebab sharing is caring,right.. 
Maybe, in sya Allah someday bila aku dah timang ank sendiri,mungkin aku buat jugak kut. 
Sebab lagi safety kut :)
So,enjoyed!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air suam
  • 4 cawan gandum
  • 1 1/2 cawan garam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Pewarna (hijau, merah, kuning, biru) *ikut suka nak letak warna apa pun
Cara-caranya:

  1. Adunkan gandum dan garam sehingga sebati
  2. Bahagikan air kepada 4 bahagian
  3. Titik warna ke dalam air
  4. Masukkan sesudu minyak masak dalam setip bekas, kemudian gaul sedikit.
  5. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi, bahagikan sama banyak dalam setiap bekas.
  6. Last sekali, gaul rata dan simpan sekejap dalam plastik.


 Selamat mencuba!


xoxo ciao
~solehah sagacious~

Resepi Egg Benedict (bukan yang asal,tapi sudah dimodifiedkan)

Assalamualaikum to my beloved readers,
Kali ni aku nak kongsi dengan korang resepi breakfast yang sangat senang giler bagi aku. Dan rasanya pun tip top taw.. Sedap sangat.

Minggu lepas, kelas Nahu ku ada buat presentation. Dan group ku memilih untuk memasak tapi bertutur dalam Bahasa Arab yang fasih (baku). Menu utama kami adalah Egg Benedict.

So,itulah resepinya yang aku nak kongsikan dengan korang semua :) Tapi ada jugak orang kata ini bukan resepi Egg Benedict yang asalnya. Aku pun tak tahulah, mungkin resepi yang aku tahu ni telah dimodifiedkan kut. Sebab, aku pun ada jugak tengok Egg Benedict yang asal. Memang lain skit. Tapi, biarlah. Asalkan sedap dan boleh dimakan sudah lar kan. Jom..

Egg Benedict

Bahan-bahannya:
  • 6 keping roti
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 biji sosej dipotong dadu sebagai inti (boleh dipilih untuk tukar benda lain,e.g udang etc)
  • 2 biji telur
  • Sedikit mentega
  • Keju yang diparut
  • Sedikit blackpepper
Cara-caranya:

  1. Panaskan oven dahulu.
  2. Sosej dipotong dadu sebagai inti.
  3. Adukkan telur dan susu segar sehingga sebati.
  4. Sapukan mentega di atas roti, kemudian letakkan roti di dalam muffin pan.
  5. Curahkan campuran telur dan susu tadi ke atas roti, kemudian taburkan sosej dan juga keju yang diparut ke atas roti.
  6. Bakar di dalam oven bersuhu 170 C selama 20-30 minit.
  7. Sesudah siap dibakar, taburkan sedikit lada hitam di atasnya.
  8. Siap untuk dimakan!


Mudahkan? Masa presentation lepas, yang inilah aku hasilkan depan semua member kelas dan ustazah ku. Alhamdulillah, masing-masing puji masakanku :) hehe Bangga sekejap :-p

Oh ye..untuk tingkatkan bahasa arab kita, aku sertakan sekali resepi ini di dalam bahasa arab di bawah ini. Enjoyed!
المكونات:
·       ست خبز
·       نَقانِقان
·       بَيْضَتان
·       نصف كوب من الحليب
·       الزبدة
·       الجبن المبشور
·       بعض من الفلفل الأسود
خطوات:
1.    أولا، سخِّنْ الفُرن لاستعداد الطبخ.
2.    ثانيا، اقطع النقانقين صغيرا صغيرا.
3.    ثم، بعد يُقطع النقانق، صب الحليب وأيضا البيضتين. ومزيجا بين البيضتين والحليب معا حتى يمزج مزيجا.
4.    ويُدهن الخبز بالزبدة، ثم ضع الخبز في muffin pan .
5.    صب الخليط (الحليب و البيضة) على الخبز، بتقدير ما يكتفي عليكم. ثم، ضع النقانق والجبن المبشور على الخبز.
6.    سَخِّن في الفرن في مدة 20 إلى 30 دقيقة باستخدام دراجة الحرارة حوالي 170 سلسيوسيًّا.
7.    بعد التسخين، صب بعض من الفلفل الأسود على الخبز.

Selamat mencuba

xoxo ciao
~solehah sagacious~





Assalamualaikum..

I don't know why..Tapi rasa macam sekarang seronok pulak menaip. Meluahkan segala apa yang ada dalam fikiran dan hati dalam bentuk penulisan. Rasa segar dan muda kembali (walaupun ku masih muda sebenarnya!)....

Dalam blog ni, aku nak kongsi semua yang aku rasa bermanfaat untuk dikongsikan. Mekap, bahasa arab, agama dan lain-lain lagi.

Selama ni, semua benda hanya bermain dalam fikiranku, kini aku nak luahkannya di sini selagi benda itu bagiku memberi manfaat kepada orang yang membacanya.
Enjoy!

xoxo ciao
~solehah sagacious~

Alat-alat mekap apa dalam bahasa arab ye?

Assalamualaikum to my fellow friends :)

Ok, kali ni seperti tajuk yang tertera di atas, again aku nak bercakap pasal mekap. Hehe..

Actually, dulu masa first year student first sem, dalam kelas Advance Arabic, Ustaz Taufiq lecturer kelas aku time tu. Aku masih ingat lagi katanya, korang yang perempuan ni biasa jugak pakai mekap kan,tapi tahu tak apa alat-alat mekap itu semua dalam bahasa arab?

Time tu memang aku rasa idea Ustaz Taufiq tu memang bagus. Kononnya nanti bila habis kelas, nak cari lar kan. Hahaha.. tapi tak pun. Sampailah sekarang. Dan tetiba sekarang ni pulak aku dah buat blog akhirnya, so terfikir sekali lagi akan pasal ni.

Bagus jugak kan kalau aku kongsi dengan korang-korang semua. Maklumlahkan, aku peminat tegar kepada alat mekap. So, bagus jugak kalau aku tahu apa semua alat-alat mekap tu dalam bahasa arab. Lagi-lagi, aku nikan pelajar bahasa arab. So, why not. Ok, jom kita mulakan :)



I am sorry, kalau gambarnya kurang lawa :)

Penat jugak taw nak terjemahkan alat-alat mekap ni semua. Biasa, pakai bahasa inggeris semuanya, kan. By the way, dapat jugak ilmu baru hari ni :)

xoxo ciao
~solehah sagacious~

Pengenalan kepada diriku..

Wah alhamdulillah..masih lagi dikurniakan peluang untuk aku bernafas lagi di atas muka bumi Allah ini.. Syukur alhamdulillah :)

Well, kali ni aku nak menyentuh sikit pasal sedikit diri aku.

Aku masih lagi seorang pelajar universiti, undergraduate. Menuntut dalam bidang bahasa arab dan kesusateraannya.

Hobi aku paling utama, mekap. Hahaha.. Well, that's me. Aku memang suka bermekap kalau aku tak tahu dah nak buat apa lagi, so mekaplah yang akan jadi pilihan aku. But, not always lar. Sometimes. Bila aku ada masa terluang. Ala nama pun hobi kan.

So kalau pakai mekap masa waktu terluang, of course lar bukan untuk keluar jalan-jalan kan. Tapi untuk kepuasan sendiri.

Hmm.. ini antaranya koleksi alat mekap yang aku ada. Taklah banyak sangat. Yelah kan, alat mekap bukanlah murah, mahal. Lainlah kalau aku ni jenis banyak duit,kan. Hehe..


Dan jenama yang aku pakai adalah EliantoMaybelline, dan Farmasi Colour Cosmetic (FCC).

Tengok, kan tak banyak mana pun kan aku punya koleksi mekap ni kan. Aku start kumpul alat mekap ni masa aku masuk pra-universiti. Sebab time tu kan dah dapat duit poket sendiri. So, berbekalkan dengan duit poket bulanan tulah aku dapat beli sedikit sebanyak.

Yang paling aku tidak boleh hidup tanpanya adalah, bedak compact, celak mata, dan lip balm. Ops sori, aku terlupa nak tangkap gambar lip balm aku. Tak ada yang spesial pun, just pakai yang jenama vaseline aje. Yang macam ni ha,

Sorry, terpaksa pinjam daripada google image lak :)

Aku memang peminat setia betul lar dengan vaseline ni. Sejak tahun 2010 aku pakai benda ni sampai sekarang, tak tukar-tukar lagi jenama lain. Memang addicted habis lah.

Lagipun, Vaseline ni bagus taw. Bukan sekadar untuk sapu di bibir aje, tapi banyak lagi penggunaannya. 

Macam yang aku amalkan, kalau tetiba ada jerawat tumbuh kat muka aku, mesti aku sapu vaseline ni kat jerawat tu. So far, alhamdulillah lar, berkesan :) 

Sorry, aku ni kalau cakap pasal vaseline memang takkan habis punya. Sebab memang minat sangat-sangat kan. Oklah, see u all next time.

xoxo ciao
~solehah sagacious~

Friday 23 May 2014

Awalnya begini......

Assalamualaikum to readers yang dikasihi sekalian :)

inilah post aku yang julung kali pertama aku menaipnya demi kerana sebuah assignment yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Doktor Muhammad Sabri yang sangat dihormati.

Honestly, pada awalnya aku menaip adalah kerana assignment bukanlah kerana aku inginkannya untuk menaip.

Tapi kemudiannya, perasaan cinta dan sayang kepada menulis tumbuh kembali dalam diriku.. Dahulu, ketika ku di bangku sekolah, macam-macam bentuk penulisan aku pernah karang. Antaranya, novel, cerpen, sajak dan lain-lain lagi.

Tapi itunya dahulu, sekarang ini tidak lagi kerana sudah bosan dengan itu semua. Tapi.. (alahai banyak betullah tapinya, maaf ya) sekarang perasaan ingin menulis tumbuh kembali. Harapnya, kali ini istiqamah. Walaupun, ku rasa tak kut. Hahaha..

Whatever, apa-apa ajalah. Kepada Ustaz Muhammad Sabri, minta maaf banyak-banyak ye. You know what I mean :D

Aku ingin menulis@menaip segala-gala perkara yang aku nak share kan dengan orang di sekelilingku. Sekian sahaja kali ini. 

xoxo ciao
~solehah sagacious~