Well, kali ni aku nak menyentuh sikit pasal sedikit diri aku.
Aku masih lagi seorang pelajar universiti, undergraduate. Menuntut dalam bidang bahasa arab dan kesusateraannya.
Hobi aku paling utama, mekap. Hahaha.. Well, that's me. Aku memang suka bermekap kalau aku tak tahu dah nak buat apa lagi, so mekaplah yang akan jadi pilihan aku. But, not always lar. Sometimes. Bila aku ada masa terluang. Ala nama pun hobi kan.
So kalau pakai mekap masa waktu terluang, of course lar bukan untuk keluar jalan-jalan kan. Tapi untuk kepuasan sendiri.
Hmm.. ini antaranya koleksi alat mekap yang aku ada. Taklah banyak sangat. Yelah kan, alat mekap bukanlah murah, mahal. Lainlah kalau aku ni jenis banyak duit,kan. Hehe..
Dan jenama yang aku pakai adalah Elianto, Maybelline, dan Farmasi Colour Cosmetic (FCC).
Tengok, kan tak banyak mana pun kan aku punya koleksi mekap ni kan. Aku start kumpul alat mekap ni masa aku masuk pra-universiti. Sebab time tu kan dah dapat duit poket sendiri. So, berbekalkan dengan duit poket bulanan tulah aku dapat beli sedikit sebanyak.
Yang paling aku tidak boleh hidup tanpanya adalah, bedak compact, celak mata, dan lip balm. Ops sori, aku terlupa nak tangkap gambar lip balm aku. Tak ada yang spesial pun, just pakai yang jenama vaseline aje. Yang macam ni ha,
Sorry, terpaksa pinjam daripada google image lak :)
Aku memang peminat setia betul lar dengan vaseline ni. Sejak tahun 2010 aku pakai benda ni sampai sekarang, tak tukar-tukar lagi jenama lain. Memang addicted habis lah.
Lagipun, Vaseline ni bagus taw. Bukan sekadar untuk sapu di bibir aje, tapi banyak lagi penggunaannya.
Macam yang aku amalkan, kalau tetiba ada jerawat tumbuh kat muka aku, mesti aku sapu vaseline ni kat jerawat tu. So far, alhamdulillah lar, berkesan :)
Sorry, aku ni kalau cakap pasal vaseline memang takkan habis punya. Sebab memang minat sangat-sangat kan. Oklah, see u all next time.
xoxo ciao
~solehah sagacious~

No comments:
Post a Comment